Saturday, May 30, 2015

Al-Fatihah, Ibu Johan Asari Meninggal Dunia

Al-Fatihah, Ibu Johan Asari Meninggal Dunia



Ibu Johan Asari iaitu Datin Firdaus telahpun meninggal dunia. Takziah diucapkan kepada keluarga Johan Asari.

Hari ini Johan memuatnaik gambar dengan caption memberitahu pemergian ibunya itu dan meminta rakan-rakan mendoakan ibunya.

Ini caption Johan:

Assalamualaikum.. dengan rendah hati Johan ingin memberitahu bahawa ibunda saya yang tercinta, Firdaus bte. Abdul Kader telah kembali ke rahmatullah. . .mohon sobat-sobat mendoakan yang terbaik untuk ibu saya dan semoga ibunda saya ditempatkan bersama dikalangan orang yang beriman. AL-FATIHAH

Allahyarham Firdaus menderita penyakit barah pangkal rahim sejak tahun lalu dan disahkan sudah di tahap empat selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang.

Doktor sahkan barahnya sudah merebak ke tulang belakang, ibu Johan Asari kemudiannya dipindahkan ke Institut Kanser Negara untuk menjalani rawatan kimoterapi sebelum koma dan meninggal dunia.

Takziah sekali lagi buat ibu Johan Asari


0 comments:

Post a Comment