Friday, May 29, 2015

Boy Iman Dedah Kisah Isterinya Dan Effa Maembong


Boy Iman Dedah Kisah Isterinya Dan Effa Maembong 



Boy Iman kini dilihat amat rapat dengan kakak Emma Maembong iaitu Effa maembong yang amat jelita dan cantik orangnya.

Ada beberapa keping gambar dimuatnaik oleh Boy Iman dan juga Effa Maembong di laman sosial yang memperlihatkan kemesraan mereka berdua.

~ Khas Untuk Orang Pahang, Best Gilerr (BACA SINI)

Ini menyebabkan ada pihak mulut busuk membuat fitnah mengatakan Boy Iman bercerai kerana dia curang tetapi sebaliknya dia dan isteri ingin bercerai kerana masalah kewangan.

Namun proses penceraian dilihat tergendala apabila Boy Iman dan Kumala (isteri) tidak membuat permohonan pada 2 April 2015.

Dato Boy Iman membuka cerita apa sebenarnya kisah yang melanda isteri dan juga Effa Maembong. Jom baca kisah Boy Iman ini  yang diceritakan kepada mStar.

Kisah Isteri Boy Iman, Kumala 

"Isteri tahu saya sedang berkawan dengan Effa dan mereka pernah bertemu semasa anak kami dimasukkan ke hospital dan isteri menerima kehadiran Effa dengan baik.

"Paling mengejutkan saya, mereka berdua pula menjadi semakin akrab sejak pertemuan itu dan mereka juga pernah beberapa kali keluar bersama sehingga membuatkan saya keliru kerana isteri sepatutnya berasa marah terhadap saya.

"Tetapi penerimaan Kumala terhadap Effa menjawab punca kami ingin bercerai bukan disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan masalah kewangan yang sedang kami hadapi seperti saya jelaskan sebelum ini,"

"Isteri meminta saya mempercepatkan proses perceraian kami tetapi saya tidak mahu menceraikannya di luar mahkamah dan mahu mengikut saluran betul,"

Kena Hati Budi Effa Maembong

"Sebenarnya saya sudah lama mengenali Effa tetapi kembali bertemu ketika menghadiri majlis perkahwinan kakaknya, Yaya Maembong akhir tahun lalu.

Kami kembali rapat sejak tiga bulan lalu selepas saya meminta nombor telefonnya daripada adiknya, Emma Maembong.

"Buat masa ini saya selesa berkawan rapat dengannya dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Effa seorang yang baik dan memahami saya dan sentiasa berada di sisi saya ketika berada dalam kesusahan,"

0 comments:

Post a Comment