Wednesday, May 27, 2015

Kamal Adli Hubungi Zizan Razak Sebelum Bersama Emma Maembong


Kamal Adli Hubungi Zizan Razak Sebelum Bersama Emma Maembong



Kamal Adli akui sebelum rapat dengan Emma dan ketika Zizan Razak masih kekasihnya, Kamal telah menghubungi Zizan Razak apabila gosip dia dan Emma timbul.


Ini penjelasan Kamal:

“Masa mula-mula gosip mengatakan saya punca mereka ada masalah dalam hubungan cinta, saya terus menghubungi Zizan bagi perjelaskan serta clear things apa yang berlaku. Saya tak mahu Zizan percaya akan gosip itu.

“Lagipun ketika gosip dan isu ini berlaku memang saya, Zizan dan Emma menjalani penggambaran sebuah drama bersama dan saya tahu ketika itu mereka memang ada masalah tetapi saya sendiri tidak tahu apa sebabnya.

“Namun saya nak tegaskan disini saya mula rapat dengannya selepas hubungan cinta mereka berakhir. Saya dan Zizan baik-baik sahaja. Hubungan kami sama seperti dahulu dan tiada masalah,”

Hubungan Kamal Adli dan Emma hanya bermula setelah perpisahan Emma dan Zizan berlaku. Kamal Adli juga menegaskan hubungan dengan Zizan baik sahaja.

0 comments:

Post a Comment