Thursday, May 28, 2015

Stacy Kecewa Kenyataan Akim Tentang Peluk Islam Diputarbelit


Stacy Kecewa Kenyataan Akim Tentang Peluk Islam Diputarbelit


Stacy kecewa dengan media kerana memutarbelit kenyataan Akim tentang isu dirinya hampir ke arah memeluk agama Islam.

Stacy berkata Akim tidak memberi kenyataan sebegitu namun media telah mensensasi kan kenyataan Akim yang menampakan dia seperti ingin memeluk Islam tidak lama lagi.

Stacy juga tidak akan melayan lagi persoalan tentang isu peluk agama Islam kerana isu ini amat sensitif dan bimbang sekiranya akan timbul kekeliruan apda orang ramai.

Ini komen Stacy: (sumber : Harian Metro)

Dia (Akim) tidak cakap begitu sebenarnya mengenai isu agama. Bab agama adalah perkara yang sensitif dan ia bukan saja membabitkan saya, tapi keluarga juga.
Saya tidak gembira dan terkilan apabila kenyataan Akim diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar sehingga menimbulkan kekeliruan yang lebih serius.

Sebab itu ada baiknya jika saya atau Akim tidak jawab apa-apa lagi mengenai hubungan kami. Cukuplah orang sudah tahu kami berkawan dan hal-hal lain biarlah kami simpan dulu.

Apa pun perkembangan hubungan kami selepas ini tidak kiralah soal saya akan memeluk Islam atau berkahwin pun, rasanya kami tidak mahu hebahkan lagi sebab bimbang timbul kekeliruan begini.

Banyak hal yang berlaku sekarang ini disebabkan sikap pengguna media sosial itu sendiri yang melampau dan tidak sensitif. Mereka sengaja membesar-besarkan dan mereka sesuatu isu sehingga mencetuskan pelbagai salah faham.

Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan buat masa ini walaupun sudah terkena teruk dengan kes memeluk Islam ini, tapi kalau perkara begini berulang dan lebih melampau, saya tidak teragak-agak bertindak.

Stacy dan Akim kini sedang bercinta setelah beebrapa media mendedahkan Akim mengaku bercinta dengan Stacy tidak lama dulu.

0 comments:

Post a Comment