Saturday, June 13, 2015

Ashraf Muslim Akui Kedua-dua Isterinya Terluka


Ashraf Muslim Akui Kedua-dua Isterinya Terluka


Ashraf Muslim mendedahkan kedua-dua orang isterinya terguris hati dan terluka dengan komen-komen dari orang ramai tentang kehidupan mereka terutama  di laman sosial.

Isteri pertama Ashraf  Muslim ialah Dr. Noor Dayana Lokman 28 tahun dan Wan Sakinah Ahmad Saburi 31 tahun dan mereka berdua selalu terasa hati ada pihak yang memberi komen dan sering membuat perbandingan mengenai mereka berdua.

Ini ditambah lagi apabila isteri kedua Wan Sakinah telah menutup akaun instagramnya baru-abru ini.

Ini komen Ashraf Muslim: (mStar)

"Saya anggap ini dugaan untuk saya dan isteri-isteri. Tetapi kebanyakan kritikan telah mengguriskan hati mereka.

"Walaupun mereka faham suami mereka selebriti dan sudah bersedia menghadapi cabaran dan dugaan, tetapi disebabkan hati perempuan, macam mana pun mereka tetap akan sedih," 

Sebagai suami, Ashraf Muslim akan memujuk isteri-isterinya itu supaya tidak terlalu sensitif dengan hal berkenaan dan Ashraf juga meminta mereka untuk tidak membaca komen-komen negatif jika tidak mahu berasa sakit hati.

"Kita manusia, kadang-kadang ada rasa ingin tahu. Tetapi saya sudah pesan pada mereka jangan baca. Sebab komen-komen itu buatkan mereka sedih.

"Cuma sekiranya kutukan itu terlalu melampau, saya akan membalas balik komen berkenaan dengan cara yang berhemah. Itu sahaja yang mampu saya lakukan. Apa-apapun saya anggap perkara tersebut adalah dugaan hidup berpoligami," 

0 comments:

Post a Comment