Thursday, June 25, 2015

Cristina Suzanne Dedah Kenapa Dia Tiada Kekasih


Cristina Suzanne Dedah Kenapa Dia Tiada Kekasih



Pelakon kacukkan yang jelita, Cristina Suzanne mula mendapat tempat di industri hiburan Malaysia dan filem lakonannya berjudul KIL sememangnya menerima reaksi positif dari orang ramai.

Walaupun dilihat berperwatakan ceria dan mudah mesra namun aktres berdarah kacukan Melayu-Jerman ini masih belum mempunyai kekasih dan mengakui bahawa dia sebenarnya seorang pemalu apabila berdepan dengan lelaki.

Selain itu, Cristina Suzanne juga akui antara punca dia masih belum berpunya adalah kerana perangainya yang agak kasar. Cantik tetapi sayangnya agak kasar orangnya.

Ini komen dari bekas pramugari ini: (ManggaOnline)

“Saya tak tahu dating. Sebab itu saya tiada kekasih,” 

“Lagipun, siapalah nak saya yang yang kasar ini,” 

“Saya tiada masalah untuk menegur orang. Tetapi kalau dengan lelaki, saya malu dan segan,” 

“Saya takut kalau-kalau seseorang itu sudah berkahwin, tunangan orang ataupun sudah berpunya. Saya tak nak orang mengata,” 

“Mungkin orang akan fikir, sukar untuk mencari pasangan hidup tetapi bagi saya, jodoh tidak perlu dicari kerana dia akan datang sendiri. Ini semua adalah perancangan tuhan.

“Sejujurnya memang tiada jejaka yang cuba mendekati ataupun nak berkenalan dengan saya. Mungkin saya tak tau orang itu cuba mengurat.

“Kalau nak berkawan memang ada dan saya tak kisah. Tambahan pula mummy sangat memahami dan tidak memaksa dan bertanyakan tentang hal-hal perkahwinan.

“Jadi, saya mengikut sahaja apa yang terbaik buat saya,” 

Perangai yang agak kasar tapi pemalu ini dikatakan antara punca dia masih tiada kekasih. Lagipun itu bukan priority nya buat masa kini. Takpelah Cristina Suzanne, semoga berbahagia selalu.

0 comments:

Post a Comment