Saturday, June 27, 2015

Gambar Terkini Siti Sarah, Isteri Shuib Sepahtu

Gambar Terkini Siti Sarah, Isteri Shuib Sepahtu


Sempena bulan ramadhan ini, Siti Sarah iaitu isteri kepada Shuib Sepahtu dilihat telah menutup aurat dan mengenakan tudung.

Perubahan mendadak ini mendapat perhatian dan ramai tertanya-tanya adakah Siti Sarah sudah berhijrah dan memakai tudung.

Ini komen dari Siti Sarah tentang hal ini.

“Sebenarnya setiap Ramadan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini. Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini”

“Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini. Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan”

“Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main,”

Semoga Siti Sarah teruskanlah bertudung.




0 comments:

Post a Comment