Thursday, June 25, 2015

Isteri Izzue Islam Tak Puas Hati Dan Buat Hal Di Set Penggambaran?



Isteri Izzue Islam Tak Puas Hati Dan Buat Hal Di Set Penggambaran?


Penyanyi dan pelakon Izzue Islam dan isterinya, Awin menerima satu lagi berita gosip apabila dikatakan Awin tidak berpuashati dengan satu adegan dan buat hal di lokasi penggambaran.


Awin dikatakan bertindak meminta penggambaran dihentikan kerana tak berpuas hati dengan satu babak yang menampilkan adegan bersentuhan suaminya dengan pelakon wanita.

Izzue Islam telah tampil memberi respon tentang hal ini.

AWIN TAK BUAT HAL


"Awin tidak pernah minta hentikan penggambaran, begitu juga saya kerana hak sepanjang penggambaran adalah atas kuasa pengarah dan ia adalah mengikut skrip yang kami setujui.

"Perkara tentang bersentuhan itu kami sudah jelaskan awal-awal lagi dan pengarah selalunya yang akan tukar babak tersebut bukan saya atau Awin yang memandai-mandai,"

DAH JELASKAN SYARAT BERSENTUHAN

"Isu ini tidak perlu timbul lagi kerana semua pihak sudah jelas dan apa-apa tawaran selalunya mereka sudah maklum tentang syarat itu, barulah kami setuju," 

KOMEN DARI AWIN

Ini pula komen dari Awin yang agak terkilan dengan tuduhan itu. Untuk pengetahuan, Awin juga merupakan manager kepada Izzue Islam

Ini komennya:

"Orang terus bercakap tentang perkara ini kerana mereka melihat saya yang bercakap tentang syarat itu kepada produser. Kalau saya bukan isteri dia atau saya pengurus dia sahaja mungkin orang akan faham dan boleh terima," 

Naum awin memberitahu dia tidak akan berhenti mengurus suaminya itu biarpun sering dikaitkan dengan pelbagai tanggapan negatif.

0 comments:

Post a Comment