Tuesday, June 30, 2015

Kenyataan Rani Kulup Buat Azwan Ali Mohon Maaf

Kenyataan Rani Kulup Buat Azwan Ali Mohon Maaf


Azwan Ali akhirnya memohon maaf ekoran tindakan melampaunya yang memaki hamun seorang gadis dan juga restoren bernama Me'nate Steak House.


Azwan Ali memohon maaf setelah ayahanda Rani Kulup membuat kenyataan akan mereport polis sekiranya selebriti ini tidak berbuat demikian dalam tempoh seminggu.

Dalam masa 24 jam sahaja Azwan Ali terus minta maaf kerana tindakannya itu.

Ini kenyataan Rani Kulup:

“Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta maaf atas apa yang dia buat.

“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa. ‘Sangkut’ dia nanti,”

"Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis! Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina,"

Ini pula permohonan maaf dari Azwan Ali:

"Tepat Jam 450 Petang, 30 Jun 2015. SAYA AZWAN ALI MOHON MAAF jika ada pihak yg tersinggung! Azwan Ali seorang yang hormat orang tua seperti Rani Kulup"   

Fuh nasib baik Azwan Ali mohon maaf kalau tak langsung kena report polis dengan Rani Kulup.

0 comments:

Post a Comment