Monday, June 1, 2015

Kenyataan Terkini Mamat Tentang Kumpulan Sepah


Kenyataan Terkini Mamat Tentang Kumpulan Sepah


Dulu, Sepah merupakan kumpulan pelawak paling popular di Malaysia. Ahlinya terdiri dari 3 orang sahabat iaitu Jep, Mamat dan Shuib. Namun ketika di zaman kegemilangan itu, Mamat paling banyak mencetuskan kontroversi dan sering bertukar teman wanita.


Kemudian dikatakan ada masalah dalaman menyebabkan kumpulan Sepah pun berpecah dan Jep bergabung dengan Shuib membentuk Sepahtu.

Baru-baru ini Mamat akui  akui amat rindu dengan kumpulan Sepah terutama kemesraan mereka bertiga.

Mamat juga memberitahu hubungannya dengan Jep telah pulih dan hanya berserah kepada takdir sekiranya berpeluang untuk mengembalikan kumpulan Sepah.

Ini komen Mamat di portal Murai:

“Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing.

“Permasalahan yang timbul dahulu sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih seperti biasa, kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada takdir,” 

“Saya pada mula itu, ada rasa terkilan, sedih dan pelbagai lagi perasaan setelah berkeputusan tidak bersama dengan Sepah, tetapi itu semua adalah dugaan yang buatkan diri saya lebih matang.

Mungkin ada peluang mereka bertiga kembali sebagai Sepah.

2 comments: