Tuesday, June 23, 2015

Komen Abby Abadi Tentang Bazar Ramadhan


Komen Abby Abadi Tentang Bazar Ramadhan


Abby Abadi telah melahirkan kerisauan dengan fenomena bazar ramadhan ketika bulan puasa ini. Bazar ramadhan kini menjadi tumpuan ramai untuk membeli juadah berbuka.


Dengan pelbagai pilihan makanan yang ada, bazar ramadhan boleh dikatakan ujian nafsu untuk makan setelah berpuasa dan berlapar lebih dari 12 jam.

Makan Abby Abadi tampil dengan pemikiran yang lain dari yang lain dan ada benarnya apa yang dikomen oleh Abby ini.

Jom baca:

RAMADAN SEPATUTNYA LEBIH SEPI.

Seorang siak masjid saya bertanya, "Tak niaga dipasar ramadan tahun ini?." Jawabnya, "Saya rugi banyak tahun lalu, bukan rugi duit tapi rugi peluang yg ALLAH beri. Rugi kerana menolong orang memuas nafsu makan.". 

Ada yg melihat ramadan sebagai pintu rezeki sedangkan nabi tidak menyebut sedemikian dan tidak menyuruh kita merebut rezeki yg kononnya melimpah dibulan Ramadhan. Berapa ramai orang sibuk nak buka pasar Ramadhan, nak niaga itu ini, fikir makanan yg unik yg dibulan lain pun tak dijual. Bulan ramadan baru nak niaga, bulan lain tidak pula.

Benar... Berniaga itu sunnah tetapi niaga yg cenderung ke arah merosak amal kebajikan, dgn mengambil kesempatan atas nafsu dan memancing nafsu makan dari orang berpuasa, dirasakan kurang elok. Bukankah sepatutnya kita bersama mengekang nafsu. Kenapa bila ramadan baru nak makan itu ini, nak meronda pasar ramadan, sedangkan waktu bulan lain tidak demikian. Itu bukti pengunjung pasar ramadan adalah penurut hawa nafsu dan penjualnya mengambil kesempatan untuk keuntungan dan menyumbang ke arah meruntuhkan ibadat seseorang. 

Ramadan sepatutnya menjadi bulan rehat dari merebut dunia dan menumpukan kpd pelbagai ibadat. Puasa itu satu ibadat mengekang hawa nafsu. Makan sepatutnya dikurangkan quantitinya, dikurangkan jenisnya sbg bukti menentang hawa nafsu, bukan melayannya dgn berbagai juadah.

Ada yg melihat ramadan sebagai bulan perayaan. Bergelutlah dgn baju raya, perabut baru, kuih raya dsbnya sedangkan semua perkara ini tidak diberi penekanan oleh nabi. Diserata pejabat, orang dah sibuk tempah kuih raya, telah ada yg meronda mencari baju raya, telah diperuntukan duit utk sambut raya. Hakikatnya bukan raya yg nabi suruh disambut, tetapi mengimarahkan bulan ramadan dgn ibadat siang dan malam... itu yg disuruh. 

Ramadan melatih diri selama sebulan utk belajar beristiqamah dgn ibadat. Peruntukanlah wang utk sedekah jariah, memberi makanan berbuka, mengkhatam al-quran, menghidupkan malam dsbnya.  #MuhasabahDiri

Komen panjang lebar dari Abby Abadi ini mendapat reaksi yang positif dari followernya yang rata-rata bersetuju dengannya.

Sama-samalah kita mehasabah diri.

0 comments:

Post a Comment