Friday, June 12, 2015

Kontroversi Pertama Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen Setelah Bergelar Suami Isteri

Kontroversi Pertama Hanis Zalikha Dan Hairul Setelah Bergelar Suami Isteri



Setelah berkahwin, pasangan selebriti Hairul Azreen dan hanis Zalikha terpaksa melalui kontroversi pertama mereka sebaik sahaja selesai resepsi.


Hairul Azreen dan Hanis Zalikha terpaksa mendengar kata-kata dari mulut haters yang mempertikaikan kemewahan majlis persandingan dan juga wang hantaran kepada Hanis Zalikha.

Jumlah wang hantaran RM 91,019.90 dikatakan terlalu banyak buat Hanis Zalikha. Sebenarnya wang hantaran itu sebagai simbolik kepada tarikh lahir Hanis (9/10/1990).

Ini komen Hairul Azreen: (HarianMetro)

“Saya tidak faham apabila ada segelintir pihak mempersoalkan wang hantaran dan majlis pernikahan saya sedangkan tetamu yang hadir semuanya gembira. 

 “Apa juga perbelanjaan yang diperuntukkan untuk majlis saya dan Hanis adalah hasil kerja keras saya.

“Berapa pun jumlahnya mestilah dalam kemampuan saya. Jadi, kenapa harus pertikai?”

“Janganlah pertikai majlis kami. Macam saya cakap tadi segala perbelanjaan me­ngikut kemampuan saya dan tiada niat sedikit pun untuk menunjuk-nunjuk. 

“Apa yang saya belanjakan adalah hadiah ikhlas buat isteri dan keluarga.

“Kalau saya tak mampu takkanlah saya berani mengeluarkan belanja sebesar itu. Doalah yang baik-baik buat saya dan Hanis, itu lebih molek daripada membangkitkan isu yang tidak perlu,”

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bernikah pada 5 Jun 2015 didalam satu majlis yang diadakan di rumah Hanis dan majlis resepsi diadakan di Hotel Concord Shah Alam.

0 comments:

Post a Comment