Monday, June 8, 2015

Luahan Fahrin Ahmad Berjauhan Dengan Isteri


Luahan Fahrin Ahmad Berjauhan Dengan Isteri


BERJUMPA SEKALI DUA MINGGU

Fahrin jelas terasa rindu apabila isteri yang baru dikahwininya terpaksa berjauhan kerana bekerja.

Ini komennya: (mStar)


"Terasa juga bila dia (Elena) tiada di sisi, tetapi nak buat macam mana bukan? Konsep kami sekarang ini, kami akan berjumpa setiap dua minggu, sama ada dia datang ke sini (Malaysia) atau saya ke Dubai."

"Saya rasa perkara ini ada juga hikmahnya di mana kami dapat serasikan diri antara satu sama lain sebelum dia berhenti kerja dan menetap di sini," 

SENTIASA FIKIR ISTERI

Biasalah orang sedang hangat bercinta, Fahrin sentiasa asyik teringatkan isterinya itu:

"Kalau dulu, apa-apa keputusan saya akan buat sendiri. Tetapi sekarang, walaupun dia duduk jauh, saya tetap teringatkan dia.

"Beli barang-barang runcit juga saya akan memikirkan Elena. Kita tahu sekarang ini, pergi mana-mana pun, kita sudah ada tanggungjawab antara satu sama lain," 

BERPUASA BERSAMA

fahrin juga akan mengalami pengalaman berpuasa yang berbeza apabila kali pertama sambut kedatangan Ramadhan secara berdua suami isteri.

"Sebelum ini, jika tidak terlibat dengan sebarang majlis, saya akan berbuka puasa sendirian.

"Dan untuk tahun ini, perkara itu tidak akan berlaku. Elena sudah pun mengambil cuti untuk berpuasa pada minggu pertama bersama saya. Jujurnya saya teruja! Hahaha..."


Pelakon ini juga tidak sabar mahu isterinya berhenti bekerja di negara itu agar memudahkan mereka merancang untuk mendapatkan anak.



0 comments:

Post a Comment