Monday, June 15, 2015

Luahan Hati Bade Kepada Kedua-dua Isterinya

Luahan Hati Bade Kepada Kedua-dua Isterinya 



Suami kepada Erma Fatima, Bade telah memberi komen dan meluahkan rasa hatinya tentang kes terbaru yang melibatkan isterinya menfailkan penceraian baru-baru ini.


Ini komennya

“Saya tidak pernah melafazkan apa-apa pun, setuju nak bercerai jauh sekali. Seharusnya perkara ini dibawa berbincang. Saya bukannya budak kecil dan jenis suka melenting”

“Kepada dua-dua isteri, saya nak beritahu. Saya berkahwin bukan untuk bercerai. Namun, jika takdir menentukan salah seorang atau kedua-dua sekali bukan lagi jodoh saya, apa pun keadaan, bukan kuasa saya. Erma mahupun Aida tahu saya berkahwin bukan untuk bercerai,” 

Erma Fatima sebelum ini telah menuntut penceraian yang mengejutkan dan tidak diketahui oleh Bade.

Bade juga menafikan mahu menceraikan isternya dan tidak pernah melafazkan perkataan cerai.

0 comments:

Post a Comment