Sunday, June 21, 2015

Mia Ahmad Jawab Tuduhan Ditangkap Khalwat



Mia Ahmad Jawab Tuduhan Ditangkap Khalwat


Memang melampau betul penyebar fitnah yang sanggup membuat cerita tentang Mia Ahmad yang dikatakan ditangkap basah.

Ada penyebar berita palsu mendedahkan gambar seorang wanita yang dikatakan pelakon popular dari drama Hati Perempuan ditangkap oleh JAIS

Ini menyebabkan ada individu menuduh kononnya wanita itu adalah Mia Ahmad

Mia yang ditemui menafikan berita itu berkata berdasarkan informasi daripada rakan-rakan dan peminatnya, tuduhan itu disebarkan oleh seorang individu yang ingin menjatuhkan kariernya.

Bagaimanapun, dia tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.


Ini komen Mia Ahmad:

"Saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya pulang bercuti dari Bangkok, Thailand, rakan saya memberitahu tentang gosip tersebut.

"Selepas membacanya sudah tentu saya rasa sedih kerana ia adalah fitnah melibatkan maruah saya," 

"Saya harap individu yang menyebarkan berita palsu itu tahu apa hukum orang yang memfitnah. Jujurnya tuduhan ini adalah sangat melampau. Saya sudah lama bersedia dengan gosip-gosip yang bakal menimpa tetapi mengenai isu ini, ia sudah di luar batasan.

"Saya harap individu itu sedar dengan kelakuannya yang menganiaya orang yang tidak bersalah," 

Ini gambar penyebaran berita palsu ini:


0 comments:

Post a Comment