Tuesday, June 30, 2015

Mufti Tegur Perangai Azwan Ali


Mufti Tegur Perangai Azwan Ali


Ini teguran dari Mufti Harussani tentang kontroversi Azwan Ali yang tersulap tafsir komen seorang pengikutnya bernama Azira di Twitter. Azwan Ali tersilap membezakan restoran ‘Me’nate’ dengan perkataan Kelantan "menate".


Azwan Ali yang tersalah anggap jawapan itu terus maki hamun Azira dengan kata kesat menyebabkan dirinya menanggung malu akibat tindakan melulu itu.

Ini teguran mufti Harussani:

Bukan sikap Muslim berpuasa

“Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa. Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa”

“Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk,”

Hayati surah al-Hujurat

“Ayat di dalam surah itu jelas meminta orang-orang yang beriman supaya tidak mencari-cari kesalahan dan keaiban orang selain tidak mengumpat,”

0 comments:

Post a Comment