Friday, June 19, 2015

Perubahan Mendadak Isteri Sam Bunkface Selepas 2 Bulan Berkahwin


Perubahan Mendadak Isteri Sam Bunkface Selepas Berkahwin


Sam Bunkface dan isterinya, Aida kini telah 2 bulan berkahwin. Pasangan sama cantik ini pertama kali menyambut bulan ramadhan sebagai suami isteri.

Satu perubahan mendadak yang positif ialah apabila Aida mengambil keputusan untuk berhijab memakai tudung. Alhamdulillah tahniah diucapkan.

Siapa sangka Aida yang dulu memakai pakaian yang terdedah kini telah berhijrah. Ini merupakan perubahan yang amat baik dan disukai para peminat Sam Bunkface.

Sudah pasti jelas kegembiraan terpacar di wajah Sam Bunkface sebagai suami. Sam juga memuatnaik bebrapa keping gambar terkini isterinya yang telah berhijab itu.

Ini caption Sam Bunkface:

Ya Allah, tetapkanlah hati kami untuk agama mu, lindungilah kami di dunia dan akhirat, sesungguhnya kami bertawakal hanya dengan mu.

Ini pula komen Sam di Rotikaya:

“Dia sudah memang mahu mengenakan tudung dan sebelum ini pernah memberitahu hasratnya untuk mengenakan tudung selepas sahaja berkahwin. Jadi saya sebagai suami amat menggalakkan dia memakai tudung dan apa yang dia buat ini tidak ada kena mengena dengan saya atau bukan kerana saya, tapi bersyukur dia ke arah itu,” 

“Alhamdulillah banyak perkara baru yang saya perolehi selepas saya berumah tangga ini seperti kena banyak bersabar dan berbincang. Tahun ini saya juga akan beraya di Melaka iaitu di rumah mertua terlebih dahulu sebelum ke kampung saya pula,” 

Memang suka tengok pasangan baru berkahwin ini, comel betul Sam dan Aida.

Ini admin belanja sikit 8 gambar mereka berdua yang cantik dan kacak ni :)








0 comments:

Post a Comment