Sunday, June 14, 2015

Punca Sebenar Rahim Sepahtu Dikejarkan Ke Hospital

Punca Sebenar Rahim Sepahtu Dikejarkan Ke Hospital



Pelawak Rahim terpaksa dikejarkan ke Hospital Jengka, Pahang apabila mengalami sesak nafas ketika membuat persembahan Konsert Jelajah Sepahtu di Jengka.


PUNCA SESAK NAFAS

Rahim juga mendedahkan punca dirinya sesak nafas. Ianya berpunca dari serangan gastrik sehingga gasnya naik menyebabkan kesukaran bernafas.

Ini komennya:

"Sebenarnya ia tidak begitu serius cuma sewaktu selesai mengadakan persembahan saya mengalami masalah sukar untuk bernafas akibat daripada gastrik.

"Selepas melihat keadaan saya begitu, mereka segera menghantar saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," 

"Doktor turut melakukan pemeriksaan jantung dan mengambil darah, Alhamdulillah tiada apa yang serius cuma ia mungkin disebabkan oleh penat dan makan yang tidak menentu.

"Ia juga berlaku disebabkan perasaan terlebih gemuruh untuk mengadakan persembahan kerana ini adalah konsert jadi ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada diri saya,"

PERNAH KENA SEBELUM INI

"Ini merupakan kali kedua kejadian sama berlaku tetapi ia tidak seteruk sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

"Doktor juga ada menasihatkan saya supaya makan mengikut masa serta tidak begitu tertekan selain perlu mendapatkan rehat yang cukup supaya kejadian berkenaan tidak berlaku lagi,"

Semoga Rahim cepat sembuh.

0 comments:

Post a Comment