Thursday, June 11, 2015

Respons Emma Maembong Apabila Dikritik Berseluar Sendat


Respons Emma Maembong Apabila Dikritik Berseluar Sendat


Semalam Emma Maembong telah dikritik kerana mengenakan seluar yang terlalu ketat dan sendat sehingga menampakkan bentuk kakinya.


Ini antara teguran tersebut:

Ini pula respon dari Emma Maembong:

“Emma berubah secara perlahan-lahan, tidak ada orang berubah akan terus pakai purdah sampai buka mata dua. Daripada Emma tak berubah lebih baik Emma berubah secara perlahan-lahan. Mengenai seluar ketat rasanya ramai lagi orang pakai sebegitu dan bukannya Emma seorang,”

“Emma tak rasa apa pun, bagi Emma semua orang kena benda yang sama. Kalau Emma buat apa-apapun kalau orang tak suka kita buat macam mana pun orang tetap tak suka. Jadi kalau kata nak jadi isu di ‘attack’ ramai-ramai di Instagram, saya tengok mereka bergaduh dan saya biarkan sahaja.”

“Kalau orang tegur Emma secara nasihat dan baik, Emma akan fikirkan dan ambil teguran itu. Tapi kalau secara kasar tidak mengapalah,”

“Semua orang pun sama kalau orang itu sebelum ini yang merokok dan mahu berhenti dia akan perlahan-lahan berhenti begitu juga dengan Emma. Emma sendiri baru sahaja berhijab dan bukannya berhijab untuk mengikut trend ke apa. Itu semua atas kehendak Emma sendiri yang mahu berubah secara perlahan-lahan”

“Lagipun takkan nak jelaskan satu per satu kepada setiap orang. Bukan Emma sahaja cuba tengok orang sekeliling contohnya kakak, emak dan yang lain-lain cuba tengok dan tegur mereka terlebih dahulu,”

“Bagi Emma sendiri tidak tertekan pun. Mereka rasa artis ini tidak mempunytai perasaan dan mereka buat artis ini sebagai bahan kutukan. Tapi setiap hari dalam kehidupan mereka artis juga jadi bahan menghiburkan mereka semua,”

0 comments:

Post a Comment