Tuesday, June 2, 2015

Rumahtangga Sharifah Shahora Bergolak, Suami Digoda Wanita Lain


Rumahtangga Sharifah Shahora Bergolak, Suami Digoda Wanita Lain


Pelakon Sharifah Shahora telah berkahwin dengan pengarah sinematografi dan jurukamera berpengalaman, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin pada tahun 2008. Hubungan mereka baik-baik sahaja.


Namun kini hubungan perkahwinan mereka menerima dugaan apabila terdapat orang ketiga yang dikenali dengan nama Madeyanie di laman sosial.

Ini komen Shahora yang ternyata berang dengan wanita ini: (Berita Harian)

CUBA HUBUNGI WANITA ITU

"Sudah lama saya sedar perkara ini tapi saya cuba kawal diri. Tapi kali ini saya tewas kerana perasan saya seperti dihentak-hentak. Saya tak mampu menyembunyikan apa yang terpendam lagi selama ini. Wanita itu memang tahu saya sedar permainannya, tapi tetap terus mengganggu rumah tangga kami. 

"Saya cuba menghubunginya tetapi dia tutup telefon bimbitnya. Malahan baru-baru ini dia sudah sekat akses saya di laman Twitter. Nampak dia memang pengecut. Kalau berani, kenapa buat semua itu," 


PERKAHWINAN RETAK MENANTI BELAH?

"Terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Saya tengah melihat perkembangan seterusnya apa yang wanita itu boleh dan akan lakukan pula. Amaran seperti saya katakan tadi sudah diberikan sejak tiga bulan supaya berhenti mengganggu suami saya. Saya dapat tahu, wanita ini mengajar suami saya untuk mengingati dan menyimpan nombor telefonnya menerusi memori otak. 

"Wanita itu siap ajar suami saya untuk memadamkan mesej dan bukti perbualan mereka di telefon bimbit setiap kali berkomunikasi. Saya tahu setiap hari, dia akan hantar mesej bernada manja kepada suami.


MARAH SAMPAI SURUH KAHWIN DENGAN SUAMI

 "Tak tahulah apa tindakannya nanti selepas tahu saya sudah 'meletop'. Saya juga sampai satu tahap menghantar mesej kepadanya baik-baik dengan menyuruh dia kahwin sahaja dengan suami jika inilah gayanya,"

Sharifah Shahora dan Raja Mukhir belum dikurniakan anak. Mereka kini mempunyai anak angkat.

Ini antara buktinya:



0 comments:

Post a Comment