Saturday, June 20, 2015

Shah Iskandar Kemalangan Jalan Raya


Shah Iskandar Kemalangan Jalan Raya


Pelakon Shah Iskandar telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sebelum tibanya bulan ramadhan baru-baru ini.

Lutut Shah Iskandar luka agak dalam dan berdarah menyebabkan dirinya dipaksa oleh doktor untuk berehat selama sebulan.

Jom dengar komen Shah Iskandar

KEADAAN SEKARANG

"Saya sepatutnya menggunakan tongkat atau pun kerusi roda untuk tidak memberikan tekanan kepada kaki kanan saya tetapi biasalah degil.

"Alhamdulillah saya tidak mengalami kecederaan yang begitu teruk tetapi ia tetap mengambil masa untuk sembuh sekiranya saya tidak berehat dengan secukupnya,"

PUNCA KEMALANGAN

"Ketika kejadian saya berhenti di lampu isyarat dan semasa hendak tukar gear saya tidak perasan ada lopak dan tidak sempat mengelak sebelum hilang kawalan.

"Akibatnya saya dihempap oleh motosikal sendiri dan Alhamdulillah ada penggguna jalan raya lain menolong mengangkat saya ke tempat selamat,"

ADA HIKMAH

"Ada hikmahnya juga kejadian ini kerana dapat bersama keluarga terutama ibu saya sepanjang Ramadan ini,"


0 comments:

Post a Comment