Tuesday, June 16, 2015

Umie Aida Tampil Beri Komen Kes Permohonan Cerai Kakaknya, Erma Fatima


Umie Aida Tampil Beri Komen Kes Permohonan Cerai Kakaknya, Erma Fatima



Umie Aida adik kepada Erma Fatima telah tampil memberi kenyataan ekoran kes kakaknya itu menfailkan penceraian daripada suaminya Bade.


Ini komen Umie Aida:

ADA BERITAHU MASALAH

“Erma dan Bade sudah berkahwin selama 25 tahun dan saya sentiasa beritahu kakak saya supaya pertahankan rumah tangganya. Dia ada memberitahu masalahnya kepada saya tetapi tidak pernah sekali pun saya memberikan kata-kata negatif sebaliknya yakin ada jalan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka”

BUKAN MUDAH

"Mengenali Erma sebagai kakak dia bukan seorang yang mudah buat keputusan dan akan mengambil masa berfikir sebelum menyatakan sesuatu. Saya yakin tindakannya memfailkan permohonan cerai itu bukan sesuatu yang mudah buatnya dan pasti dia ada sebab tersendiri,"

MINTA BERI RUANG

"Saya sendiri ada cuba membuat panggilan dan mesej tetapi tidak  dijawab tetapi saya faham Erma perlukan ruang untuk dirinya," 

Semoga Erma Fatima tabah hadapi dugaan, hati dia mana orang lain tahu dan boleh rasa.

0 comments:

Post a Comment