Tuesday, July 7, 2015

Gagal Beri Zuriat Bukan Punca Sebenar Penceraian, Mertua Masih Tak Boleh Terima


Gagal Beri Zuriat Bukan Punca Sebenar Penceraian, Mertua Masih Belum Terima Penceraian


Raja Farah berasa sedih dan agak terkilan apabila ada pihak menyalahkan dirinya dengan memberi anggapan gagal mendapat zuriat sebagai punca perpisahan dia dengan bekas suami.


Sebeum itu Raja farah disahkan bercerai talak satu dengan bekas suami iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 25 Mei lalu setelah 5 tahun berkahwin.

Punca Sebenar Penceraian

Raja Farahh berkata tiada anak bukan punca sebenar kegagalan hubungan mereka, sebaliknya keputusan perceraian dibuat selepas tiada lagi persefahaman.

Ini komennya: (mStar)

"Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak.

"Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah, namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi,"

Tinggal Jauh Mula Masalah

"Pada tahun pertama dan kedua tiada masalah sehinggalah apabila kami mula berjauhan. Dari situ, satu persatu masalah timbul.

"Mungkin betul juga kata orang kami berkahwin pada usia yang terlalu muda dan ketika itu masih belum matang,"

Mertua Masih Tak Boleh Terima

Sementara itu apabila ditanya tentang hubungan dengan keluarga bekas suami, Raja Farah akui keluarga mertuanya masih belum boleh menerima perpisahan yang berlaku.

"Hubungan dengan keluarga mertua agak dingin, mungkin mereka perlu masa untuk terima perpisahan ini. Namun saya tetap anggap mereka seperti ibu bapa saya sendiri. Kalau ada kelapangan saya mungkin akan menziarahi mereka,"

"Banyak perkara yang saya belajar tentang lelaki dan kualiti seorang lelaki untuk dijadikan suami. Saya masih muda dan tidak menolak untuk kembali berumah tangga semula selain mahukan cahaya mata sendiri,"

0 comments:

Post a Comment