Friday, July 10, 2015

Gambar Kekasih Dan Anak Angkat Remy Ishak

Gambar Kekasih Remy Ishak


Remy Ishak akhirnya mengaku sudah mempunyai kekasih hati. Kekasihnya bernama Roszaliza Yusof yang sudah dikenalinya hampir 2 tahun.


Roszaliza bukan calang-calang orangnya, dia merupakan Pengarah Urusan Roistz Labels.

Remy Ishak sendiri tampil memberi pengesahan bahawa mereka berdua sememangnya sedang bercinta. Ini komen Remy Ishak:

Benar saya rapat dengannya sejak dua tahun lalu tetapi saya jarang bercakap mengenai soal cinta kerana ia terlalu peribadi buat saya. Saya pula memang seorang yang tidak suka menonjolkan sesuatu hubungan itu kerana bimbang nanti jadi fitnah tambahan pula masih belum ada ikatan yang sah.

Ini pula komen dari Roszaliza:

Benar kami sedang berkawan dan tentang kahwin, Insya Allah memang ada perancangan tetapi semua itu kami serahkan kepada jodoh. Saya senang dengan Remy kerana dia adalah seorang lelaki bertanggungjawab dan bukan seperti mana dilabel oleh sesetengah pihak.

Semoga Remy Ishak dan Roszaliza bahagia dan bernikah untuk mengukuhkan lagi hubungan cinta.

Sementara itu, Remy Ishak juga akui kini sedang memainkan peranan bapa apabila mengambil anak angkat bernama Dania, 4 and Damia, 3.

Ini komennya:

“Saya dah menjaga mereka beberapa tahun. Saya membantu mereka yang datang dari keluarga yang susah. saya mahu memberi kasih sayang agar mereka tahu erti bahagia dan kegembiraan. Children at their age need to know that they are constantly loved,” 

Remy Ishak kini menjaga kebajikan anak-aank tersebut

Jom lihat wajah Roszaliza Yusof dan juga anak-anak angkat Remy Ishak:






0 comments:

Post a Comment