Sunday, July 5, 2015

Isteri Aepul (Drama Band), Leez AF Telah Keguguran


Isteri Aepul (Drama Band), Leez AF Telah Keguguran


Leez Rosli yang menempa nama melalui Akademi Fantasia telahpun berkahwin dengan penyanyi dan vokalis kumpulan Drama Band iaitu Aepul.

Melalui rancangan hiburan Melodi, rata-rata peminat terkejut apabila Leez dikatakan telah hamil namun mengalami keguguran.

Ini komen Leez:

“Kami tak rancang. Saya pun tidak sedar tengah mengandung dan buat aktiviti harian seperti biasa tapi tidaklah sampai jatuh. Bila check dengan doktor, doktor kata memang tidak ada harapan,”

Ini pula komen Aepul yang redha dengan ketentuanNya:

“Nak ikut masa awal-awal tahu yang Leez mengandung, memang happy tapi bila doktor kata dah keguguran, kami redha. Kita tak akan putus asa. Kena ‘kerja’ lebih kuat lagi,”

InsyaAllah ada rezeki nanti la tu. Semoga tabah ye Leez dan Aepul. Salam takziah diucapkan.

0 comments:

Post a Comment