Sunday, July 5, 2015

Komen Nora Danish Apabila Ditanya Bila Nak Bertudung


Komen Nora Danish Apabila Ditanya Bila Nak Bertudung


Baru-baru ini Nora Danish telah hadir ke satu majlis Safi dengan memakai tudung penuh. Nora Danish dilihat cantik bertudung penuh menutup aurat.


Kemudian pihak wartawan mula bertanya, adakah Nora Danish dah bertudung penuh namun Nora Danish telah menafikannya.

Wartawan kemudian bertanya bilakah Nora Danish akan mula berhijrah dan menutup aurat? Ini jawapan dari Nora Danish: (mStar)

"Saya memang ada berhasrat untuk berhijab kerana sebagai muslim ia sesuatu yang wajib untuk dilakukan tetapi biarlah ia betul-betul ikhlas dari hati dan bukan kerana permintaan pihak lain atau peminat.

"Berhijab ini kalau boleh kita ingin pakai buat selama-lamanya, jadi saya pun dalam proses untuk sucikan hati dan bersedia ke arah itu satu hari nanti,"

"Nedim tidak pernah menyuruh dan dia juga tidak ada masalah kalau saya ingin bertudung. Biasanya kalau saya bertudung dia akan puji cantik dan muat naik di Instagram miliknya,"

Semoga dibuka hidayah untuk bertudung kepada Nora Danish dan ramai lagi wanita-wanita di luar sana.

0 comments:

Post a Comment