Monday, July 6, 2015

Punca Sari Yanti Ditahan Polis

Punca Sari Yanti Ditahan Polis


Pelakon jelita Sari Yanti telah ditahan polis sewaktu menjalani penggambaran drama "Mencari Mubarakh" di Turpan, Xinjang, China.


Ini memang pengalaman menakutkan setelah ditahan dan dibawa naik trak polis apatah lagi berada di negara orang lain.

Sari Yanti dan kru ditahan sewaktu mereka menjalani penggambaran di tanah perkuburan kerana didakwa menceroboh kawasan tersebut.

Pengurus Lokasi, Dr. Rozmizah Chomil kemudian tampil menjelaskan tujuan mereka berada di situ dan menunjukkan surat izin daripada pihak pelancongan Xinjiang. Akhirnya perkara ini selesai dan mereka dibebaskan.

Selain itu, pelakon utama iaitu Sari Yanti dan juga Shah Jaszle telah dimasukkan ke hospital kerana demam panas.

Ini komen Sari Yanti:

DITAHAN POLIS

“Kalau ditahan, saya seorang sahaja perempuan. Saya dah suruh adik bersiap sedia untuk hubungi pejabat kedutaan kalau saya kena tahan. Alhamdulillah, semua itu hanya salah faham dan akhirnya kami dilepaskan dan meneruskan penggambaran,”

MASUK HOSPITAL

“Cuaca di sana memang panas, kira-kira 45 darjah celsius dan berdebu kerana ia kawasan padang pasir. Bila malam dingin sangat. Saya dan Shah Jaszle dimasukkan ke hospital kerana demam panas, gara-gara kami keletihan kerana perjalanan yang jauh. Sempat jugalah air dimasukkan ke dalam badan kami.

“Biarpun saya alami pelbagai dugaan tetapi saya suka tengok suasana di sana. Dapat lihat pokok anggur sepanjang jalan dan satu lagi masyarakat di sana suka makan tembikai. Sewaktu penggambaran, orang di sana macam biasa saja dengan aktiviti mereka. Jadi kerja kami berjalan lancar, cuma yang di kawasan perkuburan itu sahaja,”

sumber: Utusan

0 comments:

Post a Comment