Saturday, July 11, 2015

Sofi Jikan Paksa Izara Aishah


Sofi Jikan Paksa Izara Aishah



Pelakon hebat Sofi Jikan kini telah bergelar seorang pengarah dan bakal tampil dengan filem pertamanya berjudul Gangster Rock.

Dalam filem ini Sofi akui telah memaksa Izara Aishah untuk menjadi peneraju watak utama. Jom baca komen dari Sofi Jikan sendiri:

"Boleh dikatakan saya memaksa Izara untuk berlakon filem ini kerana dia (Izara) merasakan dirinya begitu kerdil jika dibandingkan dengan pelakon hebat lain.

"Malah, Izara adalah pelakon termuda dalam produksi ketika kami menjalani penggambaran pada tahun 2011. Dia masih baru dan gerun untuk menerajui filem ini. Namun, saya berterima kasih kepada Izara kerana akhirnya bersetuju untuk menjadi heroin filem saya ini. Saya ada juga menawarkan watak ini kepada beberapa pelakon wanita lain namun mereka diam tanpa jawapan,"

Filem Gangsterock menampilkan pelakon utama yang hebat seperti Izara Aishah, Sharifah Amani, Khir Rahman, Aqasha dan Saiful Apek.

Filem akan mula ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri bermula 17 Julai ini mengisahkan tentang perjalanan seorang lelaki bernama Shake yang datang ke Kuala Lumpur untuk menjadi seorang penyanyi rock. Sepanjang perjalanan itu, dia menerima pelbagai ujian daripada kumpulan gangster di Kuala Lumpur.


0 comments:

Post a Comment