Tuesday, June 12, 2018

Faye Kusairi Bidas Kenyataan Elly Mazlein, Dedah Hal Sebenar

Isu Elly Mazlein meminta wang nafkah dari bekas suaminya iaitu Azmi Hatta telah heboh diperkatakan.




Apatah lagi sekarang ini musim perayaan dan Elly mengatakan bekas suaminya itu agak liat untuk memberi wang nafkah belanja untuk anak mereka.

Baca komen panas Elly Mazlein kepada Azmin Hatta (DI SINI)

Selepas dikritik oleh Elly Mazlein, isteri kepada Azmi Hatta iaitu Faye Kusairi telah tampil memberi respon balas membidas kenyataan Elly dan menjelaskan hal sebenar.

Katanya, Azmi Hatta memberi wang nafkah secara adil kepada anak-anaknya.

Sebelum berkahwin dengan Elly, Azmi ada seorang lagi bekas isteri iaitu Yanti dan Faye menjelaskan semua nafkah diberi dengan adil kepada anak-anak termasuk anak Yanti dan juga anak Elly Mazlein.

Ini komen penuh Faye Kusari:

Terima kasih atas segala teguran mahupun yg mencaci, memaki dan menghina. Terima kasih juga bagi yg mengatakan saya dan suami hidup mewah. Saya ambil kata kata itu sebagai satu doa. InshaAllah, Aamiin. 

Kalau sudah hidup mewah nanti, InshaAllah lagi mudahlah urusan suami nak bayar segala segala apa yang patut tanpa sekatan. Anak anak Kak Yanti dan Elly semua dapat secara adilnya.. ini cerita kalau dah mewah lah. Tapi kalau dah ada yg mendoakan, Alhamdulillah. Bolehlah kita meng - aamiin - kan agar dipermudahkan dan lancar rezki suami saya demi anak anak masing masing. Kalau dok hentam kiri kanan atas bawah, macamanalah org tu nak dpt job... nak dpt duit nk bayar itu ini... logik lah kan?  Jadi, harap paham paham sendiri je lah ye.

Saya ni bukanlah orang yg suka menunjuk nunjuk. Namun rasanya ada jugak hamba Allah ni pernah post gamabr rumah kami kat ig dia. Rasanya nak tunjuklah kot kemewahan saya dan suami ni.. Nak tanya jugak, mewah ke? Tho, I'm pretty much sure your caption says it all. Kalau dah takde, mungkin dah delete lettew. Hehe.. Its ok. 

Rezki Allah beri tetap saya bersyukur. Be it rezki orang yg percayakan saya mahupun yg menegur dgn apa jua cara sekali..Including yg memaki, mencaci dan menghina saya. Mungkin itu cara kalian dibesarkan. Jadi, inshaAllah.. kami cuba hadamkan. Sama juga dugaan dan cabaran dariNya. Saya tetap terima dengan hati yg rela. Coz I believe in His hikmah. Allah is Almighty. Kalau salah saya utk percayakan ajaran yg diajar oleh agama kita, saya minta maaf. Apa yang saya mampu lakukan buat masa ni hanyalah doa yg baik2 buat suami, keluarga dan kalian sahaja. 

Semoga masing masing mendapat jalan penyelesaian yg terbaik secepat yg mungkin. Aamiin. You are who you are; magnified, this Ramadhan. Selamat Berpuasa.

Sementara itu, Faye juga berkata suaminya langusng tidak kedekut dalam memberi nafkah anak.

"Kalau kami ni hidup mewah, tiada masalah nak bayar berapa banyak sekali pun. Suami saya tidak pernah kedekut dengan anak-anak.

"Setakat ini dia cuma bayar ikut kemampuan dia. Sikit atau banyak dia tetap akan cuba bayar," 

Faye berharap, isu ini dapat diselesaikan dengan baik.



0 comments:

Post a Comment