Wednesday, June 6, 2018

"Saya Bawa Semua Anak Keluar.." - Ziana Zain


"Saya bawa semua anak keluar pada jam 10.30 pagi untuk beli pakaian dan macam-macam lagi. Kemudian kami berhenti untuk berbuka puasa dan selepas itu sambung membeli apa yang patut sampailah jam 10.30 malam" Itulah kata-kata dari penyanyi popular Ziana Zain.


Penyanyi dan pelakon filem hebat, Ziana Zain akui meluangkan masa selama 12 jam bersama anak untuk membeli-belah barangan keperluan hari raya.

Walaupun rumah tangganya sedang dilanda badai, Ziana Zain masih tetap membuat persiapan hari raya bersama anak seperti biasa.

Penyanyi bersuara tinggi ini berkata tidak banyak perbezaan memandangkan keluarganya sentiasa meriah meraikan hari raya aidil fitri.

"Saya datang daripada keluarga yang meriah dan sambutan perayaan kami setiap tahun tidak pernah sunyi.

"Begitu juga tahun ini. Persiapan saya dan anak sama seperti sebelum ini dan keperluan anak menjadi keutamaan saya"

Ditanya mengenai sambutan Aidilfitri, Ziana memberitahu ia bergantung kepada ibu bapanya.

"Kalau ibu bapa saya nak balik kampung, kami akan balik beramai-ramai. Kalau tidak, mungkin di Shah Alam saja.

"Namun, saya ada perancangan mahu bawa anak bercuti tetapi belum pilih destinasi dan tarikhnya"

"Bagi saya, Aidilfitri adalah masa untuk kita berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara yang sudah lama tak bertemu.

"Ketika itu, kita ambil kesempatan untuk bermaaf-maafan. Saya tahu, bermaaf-maafan boleh dilakukan setiap hari dan tak perlu tunggu Aidilfitri, tapi ‘feel’ bermaafan di Aidilfitri itu berbeza, kan?"

Terbaru, Ziana terbabit dalam album lagu sempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Gema Lebaran Legenda.

Dalam projek ini, Ziana Zain akan berduet dengan Hazama, bersama hael dan juga penyanyi dari kumpulan Wings iaitu Awie.

Semoga Ziana zain terus berjaya dalam kariernya.
loading...

0 comments:

Post a Comment