Sunday, June 17, 2018

Isteri Saya Bising! - Aaron Aziz

Pelakon popular tanah air yang berasal dari Singapura iaitu Datuk Aaron Aziz kembali semula ke set penggambaran filem bergenre aksi.



Aaron Aziz bakal beraksi menerusi filem berjudul JB Pailang selepas sambutan hari raya nanti.

Sebelum ini pelakon yang popular dengan filem KL Gangster telah menolak filem aksi setelah mengalami masalah sakit belakang.

Namun kali ini, Aaron Aziz kembali berlakon dalam filem yang memerlukannay membuat aksi yang tangkas.

Aaron memberitahu dia amat gian untuk berlakon filem genre ini namun kali ini mengambil langkah berjaga-jaga agar masalah kesihatannya tidak berulang.

"Penggambaran filem JB Pailang bakal diadakan di Johor. Isteri saya 'bising' apabila saya mengambil tawaran tersebut, tetapi saya rindu untuk berlakon dalam filem genre aksi.

"Dia 'bising' kerana risau masalah kesihatan saya akan berulang tetapi saya sendiri akan mengambil langkah berjaga-jaga," 

Menurut Aaron, dalam filem ini, untuk mengurangkan bebannya, dia akan menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri untuk menjayakan babak berat.

"Saya akan mengelakkan diri dari melakonkan perkara yang bakal memudaratkan. Jika ada babak berat, saya akan menggunakan khidmat stuntman. Saya agak teruja dengan filem ini kerana sudah lama tidak berlakon dalam filem aksi," 

Aaron bakal muncul dalam telefilem istimewa sempena Syawal yang berjudul Renyai Takbir Raya.

Bergandingan bersama Sharifah Sakinah dan Anzalna Nasir, jangan lupa saksikan Renyai Takbir Raya pada jam 10 pagi, 19 Jun (Selasa) di Astro Ria, Astro Ria HD dan Astro Raya HD.

Sumber: Astro Gempak

0 comments:

Post a Comment