Tuesday, July 14, 2015

Adik-Adik Jangan Dengar Cakap Emma Maembong Ni



"Adik-Adik Jangan Dengar Cakap Emma Maembong" itu adalah antara intipati satu teguran dari seorang lelaki yang terpanggil untuk berkongsi pandangannya tentang kisah Emma Maembong yang menjadi tumpuan ramai.
Saturday, July 11, 2015
Friday, July 10, 2015

Yazit Kecewa Anggota Search Tak Tanya Khabar

Yazit Kecewa Anggota Search Tak Tanya Khabar


Pemain drum kumpulan Search kecewa kerana anggota kumpulan Search langsung tidak bertanya khabar setelah dia dimasukkan wad sejak 20 Jun.
Thursday, July 2, 2015

Punca Zain Saidin Terpaksa Jalani Pembedahan


Punca Zain Saidin Terpaksa Jalani Pembedahan


Zain Saidin dilihat telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Ini adalah kerana ligamen lututnya telah terkoyak dan terpasksa menjalani pembedahan.
Tuesday, June 30, 2015

Adira Gagal Pujuk Keluarga Terutama Ibu



Kejadian gempa bumi yang berlaku Sabah termasuk Ranau sememangnya merisaukan Adira apatah lagi kawasan itu masih lagi menjadi kawasan panas dan penduduk dinasihat berjaga-jaga kerana gempa boleh berlaku lagi.
Tuesday, June 23, 2015
Thursday, June 18, 2015

Tiada Siapa Nak Kat Saya - Dayang Nurfaizah





Penyanyi Dayang Nurfaizah kini mengjangkau usia 34 tahun. Namun penyanyi ini jarang dikaitkan dengan mana-mana lelaki malah sememangnya tiada mempunyai teman lelaki istimewa.

Ada yang mengatakan Dayang Nurfaizah seorang yang susah untuk didekati. Dayang juga jarang bersosial dan kurang bercampur orang ramai setelah habis bekerja.

Jom dengarkan penjelasan lebih lanjut dari Dayang tentang hal ini

ini komen dari Dayang Nurfaizah:

KURANG BERCAMPUR

Siapa tidak cemburu bila melihat teman sebaya semua sudah berkahwin. Andai ada jodoh, memang saya ingin berkahwin. Tapi jujur tidak ada sesiapa pun yang cuba mendekati.

Mungkin saya sendiri kurang bercampur, biasanya selepas kerja saya terus bergegas pulang ke rumah. Jika tidak bekerja pula, saya lebih banyak meluangkan masa melayan anak buah di rumah. Saya tidak mempunyai masa melepak seperti orang lain.

TAKUT BERKAWAN

Tapi mungkin juga sikap saya sendiri yang terlalu takut untuk berkawan. Bukan apa, kadang kala kita tidak tahu niat orang itu berkawan dengan kita. Adakah dia ikhlas atau sekadar untuk mengambil kesempatan? Jadi perkara itu mungkin menyebabkan kenapa saya lambat mendapat jodoh

TAK SUKA TELEFON

Saya memang tidak suka berkepit dengan telefon, ada kalanya saya sendiri lupa di mana saya meletakkan telefon bimbit saya. Memang sepanjang berada dalam bidang ini, tidak ada pula saya menerima mesej daripada sesiapa yang ingin berkenalan kerana tidak ramai yang tahu nombor telefon peribadi saya, hanya keluarga terdekat saja yang ada.

Saya pun sebenarnya tidak suka berkongsi cerita peribadi dengan umum. Bagi saya biarlah kisah hati eksklusif untuk saya saja, bukan apa saya bimbang jika sesuatu terjadi kepada perhubungan, ia akan menjadi bahan peminat.

Inilah komen dayang Nurfaizah kepada Berita Harian. Semoga dayang dapay menemui cinta sejati satu hari nanti.

Sunday, May 31, 2015

"Perangai Shuib Pelik" - Siti Sarah



Siti Sarah mendedahkan perangai suaminya,  pelawak dari kumpulan Sepahtu iaitu Shuib yang menjadi pelik apabila setiap kali menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM).
Saturday, May 30, 2015

Ibu Bimbang, Risau Dengan Sasha Saidin




Ibu Sasha Saidin dikatakan bimbang apabila Sasha Saidin mempunyai satu perangai baru apabila masih belum bersedia untuk berkahwin buat kali ketiga walaupun kini sedang berkawan rapat dengan seseorang.