Saturday, July 11, 2015

Polis Tampil Beri Kenyataan Apa Yang Berlaku Di Lowyat



Pergaduhan yang berlaku di Plaza Lowyat semalam mendapat liputan banyak pihak dan menjadi tumpuan ramai.


Kini pihak polis akhirnya tampil memberi penjelasan apa sebenarnya yang berlaku semalam sehingga mencetuskan huru hara.

Datuk Zainuddin Ahmad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur membuat kenyataan mengatakan salah seorang dari tujuh lelaki yang terbabit sudah ditahan polis.

Dia mendakwa telah ditipu oleh peniaga di Plaza Lowyat.

Ini komennya:

"Siasatan juga akan dilihat dari segi produk dan proses jual beli kerana mereka (yang mengamuk) mendakwa ditipu oleh peniaga."

"Jadi bila menyebabkan penipuan kepada pengguna ini, kita minta KPDNKK untuk bersama menyiasat perkara ini," 

Lelaki terbabit yang berusia 22 tahun telah ditahan oleh pengawal keselamatan dan diserahkan kepada pihak polis. Selain itu, pihaknya juga akan meminta KPDNKK agar menyiasat dakwaan terbabit.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kerugian akibat kejadian pula dianggarkan melebihi RM70,000.

0 comments:

Post a Comment