Tuesday, June 5, 2018

"Saya rasa dah tak boleh nak teruskan" Menangis Hairul Azreen Di Set Penggambaran


Pelakon popular yang juga suami kepada Hanis Zalikha iaitu Hairul Azreen berkongsi kisah ketika berada di lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul Paskal.


Sebenarnya, ketika di set, Hairul telah beberapa kali menangis ketika menjalani penggambaran filem Paskal.

Pelakon berumur 30 tahun ini berkata perkara itu terjadi disebabkan dia menahan kesakitan disebabkan tulang jari kanannya patah.

"Saya tak pernah jalani penggambaran sampai berlaku kecederaan seteruk ini. Kejadian itu berlaku ketika saya melakukan latihan sendiri.

"Bayangkan saya pegang senjata dalam keadaan sakit. Tapi demi menjayakan watak itu, saya sanggup menahan sakit," 

"Sebab nak menjiwai watak askar itu. Saya berlakon dalam keadaan sakit. Banyak kali juga saya menangis.

Sebelum ini, Hairul mendedahkan perkara tersebut menerusi Instagramnya pada 30 April lalu.

Ini merupakan kali pertama Hairul Azreen diberi watak besar menerusi filem aksi.

Pelakon ini juga akui hampir berputus asa untuk meneruskan penggambaran tetapi tetap meneruskannya setelah memikirkan ia satu peluang yang besar buatnya.

"Ada ketika itu, saya rasa sampai dah tak boleh nak teruskan. Tapi bila fikir balik, ini satu benda yang besar.

"Lagipun saya dapat berlakon dengan pelakon Hollywood iaitu Tiger chen. Satu permulaan yang baik untuk saya.

"Malah, saya rasa bangga jari patah. Alhamdulillah, dengan izin tuhan dapat saya selesaikan penggambaran,"

Filem yang mengenai Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diarahkan oleh Adrian Tan bakal menampilkan pelakon seperti hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Baca Juga: 
~Awal Ashaari dan Scha Tak Tergugat Dengan Siapa? (KLIK SINI)

0 comments:

Post a Comment