Monday, June 4, 2018

VIDEO PENUH: Kehadiran Rosmah Mansur Di SPRM


Hari ini menyaksikan Datin Seri Rosmah Mansor telah hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak ini menghadirkan diri ke pejabat SPRM pada jam 10.45 pagi.

Ketika hadir ke sana, Rosmah turut diiringi anak perempuan beliau Nooryana Najwa Najib, menantu lelakinya Daniyar Keesibayev dan barisan para peguam yang mewakili dirinya.

DS Rosmah turut ditemani peguamnya, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Datin Seri Rosmah telah hadir untuk memberi keterangan dan bagi membantu siasatan berhubung kes membabitkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Sejak awal pagi, media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan.

Sebaik sahaja Datin Seri Rosmah tiba, memang kecoh dan terus dirinya menjadi tumpuan pihak media.

Beliau tiba dengan menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak dengan nombor pendaftaran WQF11.

Wanita ini dilihat kelihatan anggun dengan memakai baju kurung berwarna biru dipadankan dengan selendang merah dan memegang beg berwarna merah.

Ini videonya:




SRC International merupakan anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 1 Jun lalu, SPRM telah menyerahkan notis memerintah kehadiran kepada Rosmah bagi membantu siasatan berkaitan kes tersebut.

Notis berkenaan diserahkan oleh pegawai SPRM yang mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Ini pula bebrapa keping foto:




0 comments:

Post a Comment