Wednesday, June 6, 2018

Fazura Digelar "Bibik" Sebab Pakai Tudung Seperti Orang Indonesia


Sudah tentu semua kenal dengan suami isteri paling popular di Malaysia, tak lain tak bukan pasangan Fattzura iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura.



Pada bulan Ramadhan tahun ini, sememangnya ianya sangat bermakna bagi pasangan selebriti ini kerana pertama kali berpuasa bersama sebagai  suami isteri.

Walaupun sering sibuk dengan aktiviti kerja masing-masing, namun mereka ada meluangkan sedikit masa untuk berbuka bersama-sama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

Terbaru, Fazura dan Fattah telah berbuka puasa bersama rakan-rakannya. Fazura juga mengenakan baju dan tudung hitam dengan style yang sinonim dengan masyarakat wanita Indonesia yang beragama islam (jilbab).

Ini videonya:




Antara ayatnya ialah: "Bibik angkat ini pinggan nanti ye"

Ini jawap Fazura: "Asalkan suami I suka okey"

Namun begitu, Fazura sedar itu hanya gurauan kasar antara rakan rapatnya sahaja.

Isteri Fattah Amin ini tidak mengambil perkara tersebut sebagai sesuatu yang serius, sebaliknya dia menganggap itu sebagai satu lawak jenaka.

Gurauan bersama rakan-rakan sahaja katanya.

Apapaun, tahniah buat Fazura yang dilihat terus mengenakan tudung sepanjang bulan yang mulia ini.

Pemakaian tudung oleh pelakon dan penyanyi ni amat menggembirakan para peminatnya dan sudah tentu menggembirakan suaminya Fattah Amin dan juga ahli keluarga.

Semoga Fazura akan terus kekal dengan imej yang amat mani dilihat ini.

0 comments:

Post a Comment