Wednesday, June 6, 2018

Geram, Menyampah Dengan Ogy Ahmad Daud.. Apa Kes?


"Geram! Macam Nak Lempang" itulah antara luahan dari salah seorang penonton tentang impak lakonan, yang membuatkan Ogy Ahmad Daud dibenci peminat.

Apa kes sebenarnya?


Jangan risau, sebenarnya, gara-gara watak Suraya yang dilakonkan oleh Fauziah Ahmad Daud menerusi drama Rahsia Hati Perempuan di Astro Ria menyebabkan ramai geram dengan pelakon hebat itu.

Semuanya gara-gara keberkesanan lakonan hingga memberi impak besar kepada penonton drama rantaian berkenaan.

Ini bermakna, lakonannya memang amat mantap.

Menerusi Instagram milik Fauziah Ahmad Daud atau mesra dengan sapaan Kak Ogy, banyak komen berbaur marah dan geram disebabkan watak ibu jahat yang dipegangnya.

Kebanyakan peminat meluahkan rasa geram kerana watak Suraya, ibu kepada pelakon utama dalam drama itu yang diterajui oleh Mira Filzah.

Ogy sendiri tampil memberi respon balas tentang hal ini.

Katanya, perkara ini menunjukkan watak yang dipegangnya itu berjaya membuatkan peminat terkesan.

"Penonton kita terlalu emosi, jadi saya tidak kecil hati pun. Lagi pula, Suraya hanya watak dan ia berbeza dengan personaliti sebenar saya. Malah saya meganggap setiap komen mereka sekadar gurauan.

"Saya pun balas dengan santai dan meminta mereka ‘cool’. Bagi saya. Apa pun maklum balas diberikan mengenai watak ini, ia membuktikan watak berkenaan menjadi"

"Apabila melalui proses kematangan sebagai aktor, lakonan pun menyerlah"

Kaya Ogy lagi, sebagai seorang pelakon yang versatil yang telah bergiat dalam seni lebih 40 tahun, dia sememangnya mengambil serius setiap naskah diberikan.

Drama yang berjudul Rahsia Hati Perempuan itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis , jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Selain Mira Filzah dan Ogy Ahmad Daud, turut sama membintangi drama berkenaan ialah Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose dan Hisyam Hamid.

loading...

0 comments:

Post a Comment