Saturday, May 30, 2015

Ibu Bimbang, Risau Dengan Sasha Saidin




Ibu Sasha Saidin dikatakan bimbang apabila Sasha Saidin mempunyai satu perangai baru apabila masih belum bersedia untuk berkahwin buat kali ketiga walaupun kini sedang berkawan rapat dengan seseorang.


Sasha yang kini sudah berusia 39 tahun akui dia ragu-ragu utnuk berkahwin setelah gagal 2 kali dalam perkahwinan.

Ini komennya: (mStar)

RAGU-RAGU NAK KAHWIN

"Bukan saya serik tetapi rasa ragu-ragu itu ada kerana sudah dua kali saya gagal dalam perkahwinan.

"Pun begitu saya tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang cuma belum masanya untuk mengakhiri hubungan itu ke alam perkahwinan," 

IBU RISAU DAN BIMBANG

"Biasalah seorang ibu dia sentiasa bimbangkan saya dan berharap saya akan segera berkahwin dan saya faham perasaannya.

"Tetapi saya tidak boleh buat keputusan berdasarkan permintaan orang lain kerana jujurnya saya selesa  dengan kehidupan sekarang,".

Untuk pengetahuan Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner dan juga Salyo Priyanto seorang warga Indonesia.

Sasha mempunyai seorang anak lelaki bernama Adam Aryasenna Notosoemarsono.

0 comments:

Post a Comment