Sunday, May 31, 2015

"Perangai Shuib Pelik" - Siti Sarah



Siti Sarah mendedahkan perangai suaminya,  pelawak dari kumpulan Sepahtu iaitu Shuib yang menjadi pelik apabila setiap kali menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM).


Antara perkara yang pelik ialah kehilangan selera makan sehingga perlu disuap selain menjadi emosi seperti kemurungan kerana terlalu memberikan fokus terhadap program tersebut.

Ini komen Siti Sarah:

“Kalau Shuib sertai MLM, maknanya saya perlu memberi fokus lebih kerana ada karenah dia yang saya perlu jaga.

"Bayangkanlah, sebelum ini, apabila dia sertai MLM, makan pun kena suap kalau tidak dia tidak makan. Berat badannya turun mendadak kerana tiada selera makan.

"Saya rasa semua pelawak pun macam tu, dia akan dilanda kemurungan. Masa buat standupper tahun lepas, nak tidur pun tak boleh kerana risau tak pernah buat persembahan solo," 

Siti Sarah kini sedang hamil anak ketiga dan mempunyai 2 orang anak iaitu Uwais Alarni (4 tahun) dan Dzahira Talita Zahra (2 tahun).

0 comments:

Post a Comment