Tuesday, June 30, 2015

Adira Gagal Pujuk Keluarga Terutama Ibu



Kejadian gempa bumi yang berlaku Sabah termasuk Ranau sememangnya merisaukan Adira apatah lagi kawasan itu masih lagi menjadi kawasan panas dan penduduk dinasihat berjaga-jaga kerana gempa boleh berlaku lagi.


Akibat bencanai itu, rumah keluarga penyanyi Adira turut terkena dengan menghadapi kerosakan dan keretakan pada dinding dan lantai.

Bimbang akan keselamatan ahli kelurganya, Adira mencadangkan kepada ahli keluarga agar ikut tinggal di rumahnya di Kuala Lumpur sementara waktu sehingga keadaan benar-benar reda.

Namun, Adira gagal memujuk keluarganya terutama ibunya enggan berpindah dan menyakinkan Adira untuk tetap meneruskan kehidupan seperti biasa di kampung.

Ini komen Adira:

"Kampung saya di Kundasang iaitu kawasan yang juga terlibat dengan bencana tersebut. Sejak kejadian itu, boleh dikatakan hampir setiap hari ada gegaran.

"Risau tu memang risau. Saya ajak ibu dan keluarga tinggal di Kuala Lumpur tetapi mereka tidak mahu.

"Biasalah, orang tua mana mahu tinggal lama-lama di bandar. Ibu saya paling lama dia duduk di Kuala Lumpur pun hanya dua minggu dan selepas itu, dia sendiri beli tiket mahu pulang ke kampung.

"Tambahan, dia anak sulung dan dia berkeras tak mahu tinggalkan adik beradik dia yang lain di kampung.

"Dia beritahu saya, tidak usah risau. Insha Allah semoga semuanya baik-baik dan keadaan kembali pulih," 

InsyaAllah semuanya selamat.

0 comments:

Post a Comment