Thursday, June 18, 2015

Tiada Siapa Nak Kat Saya - Dayang Nurfaizah

Tiada Siapa Nak Kat Saya - Dayang Nurfaizah




Penyanyi Dayang Nurfaizah kini mengjangkau usia 34 tahun. Namun penyanyi ini jarang dikaitkan dengan mana-mana lelaki malah sememangnya tiada mempunyai teman lelaki istimewa.

Ada yang mengatakan Dayang Nurfaizah seorang yang susah untuk didekati. Dayang juga jarang bersosial dan kurang bercampur orang ramai setelah habis bekerja.

Jom dengarkan penjelasan lebih lanjut dari Dayang tentang hal ini

ini komen dari Dayang Nurfaizah:

KURANG BERCAMPUR

Siapa tidak cemburu bila melihat teman sebaya semua sudah berkahwin. Andai ada jodoh, memang saya ingin berkahwin. Tapi jujur tidak ada sesiapa pun yang cuba mendekati.

Mungkin saya sendiri kurang bercampur, biasanya selepas kerja saya terus bergegas pulang ke rumah. Jika tidak bekerja pula, saya lebih banyak meluangkan masa melayan anak buah di rumah. Saya tidak mempunyai masa melepak seperti orang lain.

TAKUT BERKAWAN

Tapi mungkin juga sikap saya sendiri yang terlalu takut untuk berkawan. Bukan apa, kadang kala kita tidak tahu niat orang itu berkawan dengan kita. Adakah dia ikhlas atau sekadar untuk mengambil kesempatan? Jadi perkara itu mungkin menyebabkan kenapa saya lambat mendapat jodoh

TAK SUKA TELEFON

Saya memang tidak suka berkepit dengan telefon, ada kalanya saya sendiri lupa di mana saya meletakkan telefon bimbit saya. Memang sepanjang berada dalam bidang ini, tidak ada pula saya menerima mesej daripada sesiapa yang ingin berkenalan kerana tidak ramai yang tahu nombor telefon peribadi saya, hanya keluarga terdekat saja yang ada.

Saya pun sebenarnya tidak suka berkongsi cerita peribadi dengan umum. Bagi saya biarlah kisah hati eksklusif untuk saya saja, bukan apa saya bimbang jika sesuatu terjadi kepada perhubungan, ia akan menjadi bahan peminat.

Inilah komen dayang Nurfaizah kepada Berita Harian. Semoga dayang dapay menemui cinta sejati satu hari nanti.

0 comments:

Post a Comment