Friday, July 10, 2015

"Aidilfitri paling menyedihkan" - Awie



Penyanyi Awie akui hari raya tahun ini adalah paling sedih dalam hidupnya. Ini kerana pemergian ibu tercinta, Azizah Abdul Hamid yang meninggal dunia Disember tahun lalu.


Selain itu, dia juga hanya menyambut Aidlfitri dengan seorang daripada lima anaknyaiaitu Putra Ahmad Merrah.

Ini kerana dua lagi anaknya Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha bersama ibu mereka, Rozana Misbun.

Manakala dua lagi anaknya, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha pula bersama bekas isteri pertama, Arni Nazira.

Ini komen Awei:

“Sekarang pun saya sudah terasa syahdunya. Emak pun dah tiada dan dua anak pun tiada di sisi. Ini memang sesuatu yang menyedihkan.

“Saya belum pasti akan ke mana bersama Merrah. Selalunya setiap tahun saya akan bawa anak naik kereta pusing ke seluruh negara. Kadang-kadang kami ke Kelantan, Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

“Anak pun suka dengan apa yang saya buat. Sewaktu ibu ada, hari pertama dihabiskan dengan dia. Sekarang saya akan pergi ke rumah kakak-kakak dan singgah rumah saudara-mara mana yang sempat,”

Ini semua dugaan buat Awie.

0 comments:

Post a Comment