Friday, July 10, 2015

Yazit Kecewa Anggota Search Tak Tanya Khabar

Yazit Kecewa Anggota Search Tak Tanya Khabar


Pemain drum kumpulan Search kecewa kerana anggota kumpulan Search langsung tidak bertanya khabar setelah dia dimasukkan wad sejak 20 Jun.


Bukan berharap mereka datang melawat, tapi mahu telefon pun tidak. Yazit juga tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat rakannya itu datang melawat sempena hari raya.

Ini komen Yazit: (astrogempak)

“Jauh panggang dari api mereka hendak melawat saya. Kalau selepas ini mereka datang melawat kerana wartawan sudah beritahu anggota Search tidak datang melawat, hendak buat apa?

“Kalau datang hendak ‘perang’ dengan saya mengenai perkara ini pun peranglah. Saya tidak boleh cakap apa. Buat apa saya hendak tipu mengenai perkara ini.

“Kesihatan saya sudah lemah sampai tahap 90 peratus dan berada di atas katil. Agaknya kalau dah 99 peratus pun mereka tak akan datang,”

Yazit Search sedang menjalani rawatan buah pinggang di Wad Urologi & Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur. Buah pinggangnya perlukan penderma manakala jantungnya juga semakin lemah.

Sesiapa mahu menderma boleh berbuat demikian. Ini  akaun Maybank Yazid bin Ahmad 014271219687.


0 comments:

Post a Comment